SEMUA pengembara yang tiba di Rom, Itali dikehendaki melakukan ujian saringan COVID-19.

Ia merupakan langkah terbaharu yang dilaksanakan kerajaan negara itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan, kesemua pengembara yang tiba di Itali dari Croatia, Greece, Malta dan Sepanyol perlu melakukan ujian saringan mandatori.

Pengumuman itu dilakukan dua minggu lalu selepas Itali mencatatkan kenaikan kes positif secara mendadak.

Bagaimanapun, mereka yang tiba dari negara berkenaan dilaporkan tenang melakukan ujian saringan tersebut.

Setakat Sabtu, Itali mencatatkan 1,071 kes baharu dengan kebanyakan kes baharu yang direkodkan adalah dalam kalangan pengembara.

Sehingga kini, jumlah kes positif di negara itu direkodkan lebih 258,000 kes dengan 35,400 kematian direkodkan.