MENTERI Sumber Manusia Perancis Elisabeth Borne menggesa syarikat-syarikat di negara itu melaksanakan kaedah bekerja dari rumah (WFH) bermula tahun hadapan.

Bercakap menerusi satu temu bual dengan radio tempatan, Elisabeth berkata, beliau akan mengarahkan syarikat bersedia untuk memperkukuh sistem bekerja secara jauh bermula 3 Jan 2022.

Langkah ini diambil susulan kebimbangan penularan varian Omicron di negara itu.

Jumlah kemasukan ke hospital di Perancis meningkat sejak kebelakangan ini, dengan kira-kira 16,000 orang dimasukkan akibat COVID-19.

Mengikut data, sebanyak 60 peratus katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital di seluruh negara ini diisi pesakit COVID-19.

Kebanyakan mereka disahkan jangkitan varian Delta.

COVID-19 | Perancis mungkin kembali laksana kaedah 'WFH'