PERANCIS merekodkan lebih 30,000 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, yang pertama sejak Ogos lalu.

Kadar jangkitan tinggi ini dilaporkan di sebalik peraturan baharu berkaitan penjarakan fizikal dilaksanakan.

Kadar tinggi ini juga direkodkan ketika negara berkenaan dalam proses meningkatkan program vaksinasi.

Sejumlah 30,454 kes baharu pada Selasa, menjadikan kes kumulatifnya melebihi 7.45 juta.

Ini merupakan peningkatan perbandingan minggu ke minggu sebanyak 54%.

Ia disifatkan gelombang kelima buat Perancis.

Minggu lalu, pengawal selia kesihatan Perancis mengumumkan pemberian dos ketiga diperluaskan kepada golongan berusia lebih 40 tahun.

Kerajaan turut mengumumkan pemakaian pelitup muka wajib di semua sekolah.

Sementara itu, bilangan pesakit di unit rawatan rapi meningkat ke 1,455 berbanding hanya 49 pada Isnin.