COVID-19: Pertambahan lebih 500,000 kes baharu seluruh dunia dalam sehari

Astro Awani
April 18, 2022 00:40 MYT
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 80 juta kes positif COVID-19. - Foto fail/REUTERS
TERDAPAT pertambahan lebih 500,000 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah kes positif yang direkodkan melepasi angka 504 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 80 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 43 juta kes serta 30 juta kes.
Negara yang melepasi angka 27 juta kes adalah Perancis.
United Kingdom dan Jerman melebihi 21 juta, manakala Rusia 17 juta kes.
Itali, Turki dan Sepanyol pula merekodkan angka melebihi 11 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 6 juta kes.
Ini diikuti Malaysia dan Thailand yang masing-masing melebihi 4 juta kes, manakala Filipina 3.6 juta kes.
Singapura pula melebihi 1.1 juta kes.
Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 1,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.19 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 988,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 662,000 kes, India lebih 521,000 kes dan Rusia lebih 366,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 323,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 155,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 59,000 diikuti Malaysia dengan 35,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 26,000 angka korban.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #Johns Hopkins University