PFIZER Incorporated kemukakan permohonan kepada pihak berkuasa kawal selia Amerika Syarikat untuk meluluskan penggunaan kecemasan kapsul antiviral COVID-19 yang dibangunkannya.

Permohonan dibuat kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat berdasarkan data dari ujian klinikal yang dijalankan firma berkenaan.

Pfizer mendakwa kapsul Paxlovid mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan golongan dewasa berisiko kepada 85 peratus.

Ubat dalam bentuk kapsul ini, jika diluluskan, akan jadi senjata terbaharu dalam perang memerangi COVID-19.

Ia boleh digunakan dalam rawatan awal di rumah, untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi serius hingga memerlukan rawatan di hospital.

Setakat ini tempoh masa kelulusan oleh USFDA belum diketahui.

Sebelum Pfizer, sebuah lagi firma, Merck and Co turut mengemukakan permohonan sama bagi kapsul antiviral keluarannya Molnupiravir.

Selain Amerika Syarikat, Pfizer turut memulakan proses memohon kelulusan dari beberapa negara termasusuk United Kingdom, New Zealand serta Korea Selatan.

Pfizer juga mengakui akan membenarkan pengeluar kapsul berkenaan membekalkan kepada 95 negara berpendapatan rendah menerusi perjanjian paten.