PORTUGAL pada Jumaat sekali lagi mengisytiharkan perintah darurat di negara itu, berikutan peningkatan penularan wabak COVID-19.
Perkara itu diputuskan setelah majoriti penggubal undang-undang memberikan sokongan kepada proklamasi darurat itu.
Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa berkata, ia sekali gus memberikan kuasa kepada kerajaan untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat, seperti perintah berkurung dan penutupan.
“Minggu-minggu yang akan datang mesti melibatkan usaha kita bersama untuk mengawal jumlah pesakit di hospital, khususnya bagi mereka yang dirawat di unit rawatan rapi.
“Ini supaya kita dapat mengelakkan keadaan yang lebih buruk pada Disember, situasi yang boleh menyebabkan sekatan yang drastik dan tidak diingini kita semua.
“Bulan November akan menjadi ujian kepada kita untuk mengawal diri dan bertenang serta kemampuan untuk bertahan dalam solidariti dan ketekunan,” kata Robelo de Sousa.
Sementara itu, Perdana Menteri Antonio Costa akan mengadakan mesyuarat Kabinet pada Sabtu bagi membincangkan peraturan baharu yang akan diperkenalkan pada Isnin depan.
Portugal mencatatkan 5,500 kes baharu pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu melepasi angka 166,000 sejak wabak COVID-19 melanda.
Portugal, sebelum ini, dikenakan perintah darurat antara 19 Mac hingga 2 Mei.
Astro Awani
Sat Nov 07 2020
Marcelo Rebelo de Sousa berkata ia sekali gus memberikan kuasa kepada kerajaan untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat, seperti perintah berkurung dan penutupan. - Instagram/@presidentemarcelo
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Tentera Myanmar lanjut darurat 6 bulan lagi
Lanjutan peraturan darurat ini untuk memberi junta lebih masa mengumpulkan data penduduk bagi senarai pemilih.
Tragedi 9/11: Biden lanjutkan status darurat kebangsaan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melanjutkan status darurat kebangsaan berkaitan serangan pengganas pada 11 September 2001 untuk tempoh setahun lagi, lapor Sputnik.
Gunung sampah terbakar di Bandung
Kebakaran gunung sampah di Tapak Pembuangan Akhir Sarimukti di Cipatat, kabupaten Bandung Barat dilaporkan bermula sejak 19 Ogos lalu.
Perintah darurat di British Columbia, Kanada kerana kebakaran hutan
Darurat telah diisytiharkan di wilayah British Columbia Kanada ketika kebakaran hutan yang dahsyat terus melanda wilayah itu pada Jumaat.
Wilayah Kanada isytihar darurat akibat kebakaran hutan
Menurut pihak berkuasa, hampir 25,000 penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Darurat diisytihar di Sri Lanka
Polis juga telah menggunakan gas pemedih mata ke atas orang ramai yang melakukan tunjuk perasaan anti kerajaan.
Uzbekistan isytihar darurat di wilayah Karakalpakstan
Uzbekistan pada Sabtu mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan susulan protes yang sedang berlaku.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mei 2022.
Sudan tarik semula perintah darurat seluruh negara
Arahan itu dibuat bertujuan menyediakan suasana untuk dialog yang boleh capai kestabilan bagi tempoh peralihan.