Pusat kuarantin bagi pesakit yang dijangkiti COVID-19 akan ditambah di Yangon, Myanmar susulan peningkatan kes baharu melebihi 100 kes sejak beberapa hari lalu.

Antaranya termasuk penambahan kemudahan di stadium bola sepak yang sebelum ini mampu merawat 200 pesakit yang dijangkiti wabak itu kepada 400 pesakit.

Hospital awam bandar itu turut menambah kemudahan di wad-wad dan menyediakan penempatan sementara untuk merawat penambahan 70 pesakit.

Pada Jumaat, kerajaan melaksanakan semula langkah pencegahan penularan wabak tersebut dengan menghentikan perjalanan keluar masuk ke Yangon.

Setakat ini, Myanmar merekodkan 3,015 kes positif dengan 24 kematian.