COVID-19 ragut lebih 2.06 juta nyawa di seluruh dunia
Astro Awani
Januari 20, 2021 22:23 MYT
Januari 20, 2021 22:23 MYT
ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 2.06 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 404,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 211,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.
Manakala negara yang merekodkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Jerman, Colombia, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium antara negara merekodkan lebih 20,000 kematian.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
#angka korban
#COVID-19
#jumlah kematian
#Johns Hopkins University
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#Afrika Selatan
#India
#Brazil