COVID-19 ragut lebih 761,900 nyawa di seluruh dunia

Astro Awani
Ogos 14, 2020 22:20 MYT
Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kematian global meningkat 10,000 kes dalam tempoh 24 jam. -Reuters
ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.
Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kematian global meningkat 10,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih 761,900 kes.
Amerika Syarikat (AS) terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 168,154 kes, diikuti Brazil (105,463 ), Mexico (55,293 ).
United Kingdom dan India masing-masing melepasi angka 46,000 kematian.
Sementara itu Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan 35,234 kes dan 30,410 kes.
Dua negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 adalah Sepanyol dengan 28,617 kematian dan peru (25,648 kes).
Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.
#Amerika Syarikat #angka kematian #COVID-19 #Johns Hopkins University #jumlah korban #koronavirus #sepanyol #United Kingdom