ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 2.03 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 398,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 209,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan di antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Colombia, Argentina, Jerman, Peru, Afrika Selatan dan Poland.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium antara negara yang merekodkan lebih 20,000 kematian.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

BACA: COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 95 juta