RAKYAT Belgium digesa agar tidak melawat Antwerp selepas terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di bandar itu sejak kebelakangan ini.

Menurut Gabenor Belgium, Cathy Berx, 50 peratus daripada jangkitan baharu yang direkodkan di negara itu dilaporkan di Antwerp.

Malah, pihaknya turut mencadangkan lanjutan sekatan jika terdapat penambahan kes dan memfokuskan kepada kaedah pencegahan penularan di setiap wilayah.

Pada masa sama, pihak berkuasa turut bimbang akan berlakunya gelombang kedua di negara itu jika pelaksanaan pencegahan tidak dilakukan sebaiknya.

Minggu lalu, Antwerp mengenakan perintah lebih ketat bagi mengekang penularan COVID-19 dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan mengamalkan penjarakan fizikal.