PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa rakyatnya supaya lebih berwaspada dengan sambutan Krismas ketika kes harian mungkin mencecah ratusan ribu sehari.

Kerajaan pada masa sama melarang aktiviti perhimpunan pada malam Tahun Baharu dan menggesa orang ramai supaya bekerja dari rumah.

Katanya, cuti akhir tahun adalah masa untuk bergembira, namun tahun ini orang ramai sekali lagi diminta untuk berhati-hati.

Beliau yang sebelum ini menyambut Krismas dalam tempoh kuarantin turut menggesa rakyatnya memakai pelitup muka dan menjalani ujian saringan secara berkala.

Perancis telah menyaksikan peningkatan kes dengan lebih 80,000 individu disahkan positif pada Rabu.

Ketika ini, negara itu masih lagi berada diancam varian Delta dengan kapasiti pesakit di hospital melebihi 60 peratus.