PERU melaksanakan peraturan mewajibkan mereka yang berumur lebih 18 tahun, untuk mengemukakan sijil vaksinasi lengkap.

Peraturan yang berkuat kuasa pada Jumaat itu bagi mendapatkan akses ke tempat awam dengan persekitaran tertutup.

Menurut arahan Presiden, pelaksanaan peraturan baharu di seluruh negara ini berikutan keadaan kecemasan kesihatan akibat pandemik COVID-19.

Langkah kawalan dibuat menjelang musim Krismas di mana ribuan rakyat Peru berpusu-pusu untuk membeli belah sempena perayaan tersebut.

Langkah itu juga bertujuan untuk menghalang kemasukan varian baharu COVID-19 seperti Omicron yang masih belum tiba di Peru.