COVID-19: Rusia akan daftarkan vaksin pertamanya minggu depan

Agensi
Ogos 7, 2020 14:58 MYT
Rusia bakal mengeluarkan vaksin COVID-19 bermula Oktober ini. - Gambar AP
MENTERI Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko mengumumkan Rusia bakal mendaftarkan vaksin COVID-19 pertamanya pada 12 Ogos ini.
Serentak itu, lapor media antarabangsa, negara berkenaan dijangka mengeluarkan vaksin secara besar-besaran bermula Oktober 2020.
Timbalan Menteri Kesihatan Oleg Gridnev memberitahu, ketika ini proses untuk mengeluarkan vaksin tersebut berada pada fasa akhir.
“Pasukan profesional perubatan dan warga emas akan menjadi kumpulan pertama mendapat vaksin tersebut,” ujarnya.
Menurutnya, peruntukan bagi program vaksinasi juga akan ditanggung kerajaan.
Ujian klinikal vaksin pula sudah pun bermula sejak 18 Jun, melibatkan 38 sukarelawan.
#COVID-19 #Menteri Kesihatan Rusia #Mikhail Murashko #Oleg Gridnev #Rusia #vaksin #vaksin pertama #vaksinasi