SINGAPURA:Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun adalah kes baharu tunggal jangkitan tempatan COVID-19 yang dilaporkan di republik itu pada Jumaat.
Kementerian itu memaklumkan bahawa wanita berkenaan adalah rakan sekerja kepada Kes 59429, seorang lelaki Pemastautin Tetap Singapura berusia 39 tahun yang juga seorang petugas bahagian pemasaran di tempat sama.
Lelaki berkenaan disahkan positif COVID-19 pada 18 Jan, menurut MOH.
Kementerian memaklumkan wanita Malaysia itu telah dikuarantin pada 18 Jan selepas Kes 59429 didapati positif COVID-19, dan wanita itu juga menjalani ujian saringan pada 20 Jan walaupun tidak bergejala.
"Hasil ujian mendapati beliau positif pada keesokan harinya dan telah dihantar ke Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID). Ujian serologinya didapati negatif, menunjukkan yang ia adalah jangkitan semasa," menurut MOH.
Beliau adalah sebahagian daripada kluster Kes 59429 yang kini mempunyai lapan kes disahkan termasuk empat lagi rakyat Malaysia.
Sehingga kini, terdapat enam kluster di republik itu.
Setakat 12 tengah hari Jumaat, Singapura merekodkan 15 kes baharu iaitu 14 kes import dan satu jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,250 kes.
Satu daripada 14 kes import membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 61 tahun yang pulang dari Malaysia dan mempunyai gejala.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021
Setakat 12 tengah hari Jumaat, Singapura merekodkan 15 kes baharu iaitu 14 kes import dan satu jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,250 kes. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.