COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran

Astro Awani
Julai 6, 2022 02:15 MYT
Orang ramai beratur di tepi jalan bagi menunggu giliran lakukan ujian saringan COVID-19 di Shanghai. - Foto fail/REUTERS
SHANGHAI: Bandar Shanghai mengumumkan dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap kebanyakan 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari.
Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.
Pentadbiran bandar tersebut memaklumkan, kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.
Penduduk di tiga lagi daerah juga perlu melakukan ujian saringan.
Ketika arahan tersebut dikuatkuasakan, penduduk di daerah terkesan perlu membuktikan keputusan ujian mereka dalam masa dua hari untuk keluar dari rumah.
Untuk rekod, arahan tersebut adalah sebahagian daripada polisi sifar kes COVID-19 yang menyaksikan penurunan kes di republik itu namun memberi kesan buruk kepada ekonomi.
#COVID-19 #ujian saringan #polisi sifar kes #sekatan