COVID-19: Shanghai rekod tiga kematian warga emas

Agensi
April 18, 2022 03:30 MYT
Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) berjalan menuju terowong di kawasan berdekatan Sungai Huangpu, Shanghai. Bandaraya terbesar di China itu merekodkan tiga kematian baharu akibat COVID-I9. Gambar REUTERS
BEIJING: Wabak COVID-19 meragut tiga nyawa warga emas di bandaraya Shanghai sekali gus menjadikannya kejadian pertama sejak sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ dilaksanakan di kota itu selama berminggu-minggu, kata pentadbiran kerajaan tempatan menerusi kenyataan.
“Ketiga-tiga mangsa iaitu dua orang wanita masing-masing berusia 89 dan 91 tahun serta seorang warga emas lelaki berusia 91 tahun dikesan mempunyai rekod pelbagai masalah kesihatan antaranya jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
“Keadaan kesihatan mereka merosot selepas dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia selepas semua usaha untuk memulihkan mereka tidak berkesan,” kata kenyataan itu lagi seperti dilaporkan agensi berita AFP.
Merupakan bandaraya terbesar di China, Shangai telah melaksanakan 'lockdown' pada tahun ini ekoran penularan wabak COVID-19 di negara itu.
Shanghai juga merekodkan 22,248 kes penularan domestik pada Isnin.
#COVID-19 #Shanghai #tiga warga emas #meninggal dunia