Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan 675 lagi kes positif COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan virus itu di republik berkenaan kini 25,346 kes.
Data awal setakat tengah hari ini menunjukkan bahawa hanya dua kes yang melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.
Dalam satu kenyataan di sini, MOH memaklumkan maklumat terperinci kes berkenaan sedang diusahakan dan perkembangan terkini mengenainya akan dimaklumkan lewat hari ini.
Singapura setakat ini telah mengklasifikasikan 1,321 sebagai kes komuniti, 580 sebagai kes import, 436 kes yang melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 22,334 kes pekerja asing yang tinggal di asrama.
Pada masa ini, 3,851 telah pulih sepenuhnya dari jangkitan dan telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti rawatan komuniti.
Pada masa ini, 1,132 kes yang disahkan masih dirawat di hospital, 20 daripadanya di unit rawatan rapi manakala 21 telah meninggal dunia.
Kementerian itu memaklumkan bahawa 19,667 kes yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal baik tetapi masih diuji positif untuk COVID-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Setakat Selasa, MOH telah mengenal pasti tujuh kluster baharu manakala kluster terbesar, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai 2,549 kes yang disahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 13 2020
Data menunjukkan bahawa hanya dua kes yang melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. - Gambar fail/REUTERS
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu
Suspek lelaki yang terlibat kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1, pada 14 April lepas, akan dituduh di Mahkamah Kota Bharu Kelantan pada Rabu.
Faktor mekanikal, angin lintang, kecuaian penyebab lazim -Pakar
Pakar tidak menafikan tiga faktor utama berkemungkinan menjadi punca kepada nahas udara melibatkan dua buah helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat di Lumut, Perak pada pagi Selasa.
Pakar Aeronautik, Dr Mohd Shariff Ammoo berpandangan tiga faktor utama itu iaitu faktor mekanikal, cuaca -seperti kejadian angin lintang serta kecuaian pengendalian lazimnya menjadi punca kepada kemalangan melibatkan sesebuah helikopter.
Ujarnya lagi, perkara itu pastinya akan disiasat secara terperinci dalam melengkapkan laporan penuh Lembaga Penyiasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa 10 itu.
Pakar Aeronautik, Dr Mohd Shariff Ammoo berpandangan tiga faktor utama itu iaitu faktor mekanikal, cuaca -seperti kejadian angin lintang serta kecuaian pengendalian lazimnya menjadi punca kepada kemalangan melibatkan sesebuah helikopter.
Ujarnya lagi, perkara itu pastinya akan disiasat secara terperinci dalam melengkapkan laporan penuh Lembaga Penyiasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa 10 itu.
Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Pasangan kembar, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor tidak pernah menyangka kehilangan ibu pada usia 16 tahun.
Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai tengah hari Rabu
Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dijangka siap pada tengah hari Rabu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.