SINGAPURA: Singapura melaporkan 6,434 kes baharu COVID-19 setakat tengahari Sabtu.

Daripada jumlah itu, 6,312 adalah kes tempatan manakala 122 lagi adalah kes import.

Terdapat tujuh kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara itu adalah 1,246.

Setakat ini, 731 pesakit dirawat di hospital dengan 93 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

24 pesakit kini dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Kebanyakan kes baharu yang dilaporkan adalah dalam protokol dua yang mana hanya mengalami gejalan ringan.

5,536 adalah dalam protokol merangkumi 5,443 kes tempatan dan 93 kes import.