COVID-19: Suasana di Itali lengang

Astro Awani
April 7, 2020 01:50 MYT
Perintah berkurung yang dilaksanakan Itali sejak 9 Mac lalu menyaksikan keadaan negara itu hampir lengang. -Gambar fail
Perintah berkurung yang dilaksanakan Itali sejak 9 Mac lalu menyaksikan keadaan negara itu hampir lengang termasuk situasi berhampiran terusan Venice.
Negara yang mempunyai bilangan penduduk melebihi 60 juta itu melaksanakan perintah sebagai usaha mengekang pandemik COVID-19.
Susulan pelaksanaan perintah berkurung, kebanyakan premis perniagaan termasuk hotel dan restoran terpaksa menghentikan operasi masing-masing.
Setakat ini, Itali merekodkan 128,948 kes COVID-19 dengan 15,887 kematian.
#COVID-19 #Itali #koronavirus #lengang #operasi #perintah berkurung #perintah kawalan pergerakan #terusan Venice