ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 310,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 88,000 kes.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 34,000 dan 31,000 kes.

Negara di kedudukan keempat dan kelima pula adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 27,000 kes.

Negara lain merekodkan angka maut COVID-19 bawah 14,000 kes.

Sementara itu, data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan 100,000 kes positif COVID-19 di seluruh dunia pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kini melepasi 4.6 juta.

Enam negara kini mencatatkan kes positif melebihi 200,000; terbaru, Brazil mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan kumulatif 1.46 juta.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Brazil menjadi negara keenam dengan 222,000 kes selepas pertambahan lebih 20,000 kes baharu.

Empat negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki dan Iran.

Negara lain masih mempunyai angka positif COVID-19 di bawah 100,000.

Jumlah pesakit yang sembuh seluruh dunia pula meningkat kepada 1.6 juta kes.

Setakat ini, 188 buah negara mempunyai kes pandemik tersebut.