BANGKOK: Thailand melaporkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19 apabila 51 lagi korban dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 1,744.
Thailand turut mencatat 3,174 kes baharu menjadikan terkumpul sebanyak 228,538 setakat ini.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, korban terbaru itu melibatkan 26 lelaki dan 25 wanita berusia antara 29 hingga 31 tahun, termasuk seorang warga Myanmar.
Menurut beliau 34 kematian dilaporkan di Bangkok, masing-masing tiga di Pathum Thani dan Samut Prakan, masing-masing dua di Chon Buri dan Nakhon Pathom dan masing-masing satu di Nonthaburi, Ratchaburi, Yala, Prachin Buri, Songkhla, Sa Kaeo dan Saraburi.
Daripada kes baharu, beliau menyatakan 3,148 adalah jangkitan tempatan termasuk 720 melalui pengesanan kes aktif, dan 26 kes import.
"Bangkok mencatat jumlah tertinggi sebanyak 956 kes. Setakat ini, terdapat 96 kluster aktif di bandar raya itu," katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Sementara itu, Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Thailand bersetuju untuk mengurangkan selang masa antara dos vaksin COVID-19 AstraZeneca kepada lapan minggu berbanding 10 hingga 12 minggu berikutan varian Delta sudah dikesan di negara ini.
Setiausaha Tetap Kesihatan Awam Dr. Kiattiphum Wongrachit berkata NCDC memutuskan untuk menyesuaikan masa untuk dos kedua kerana varian Delta merebak dengan cepat.
Seorang pakar virologi dari Universiti Chulalongkorn Dr Yong Poovorawan menyatakan 90 peratus jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di negara itu adalah varian Alpha, pertama kali dikesan di United Kingdom.
-- BERNAMA
Dalam catatan di Facebook, beliau menjangkakan jumlah jangkitan membabitkan varian Delta akan meningkat secara beransur dalam tiga hingga empat bulan akan datang.
Beliau berkata kemungkinan juga akan muncul varian baharu COVID-19 pada masa depan dan oleh itu penularan varian ini perlu dipantau rapi untuk meningkatkan langkah kawalan penyakit.
Sementara itu, Dr Yong berkata Thailand sedang mengkaji mengenai kaedah campuran vaksin.
Menurut beliau kajian itu melibatkan vaksin Sinovac untuk dos pertama dan AstraZeneca bagi dos kedua yang diberi dalam tempoh empat minggu kemudian.
"Dalam ujian makmal, dapatan kajian menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Tetapi kami masih bimbang mengenai kesan sampingan," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Dr Yong menambah mereka yang telah lengkap divaksin mungkin menunjukkan imuniti yang rendah dan memerlukan suntikan ketiga.
"Jika diberikan tepat pada waktunya, ia dapat meningkatkan imuniti sepuluh kali ganda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Thailand turut mencatat 3,174 kes baharu menjadikan terkumpul sebanyak 228,538 setakat ini. - Gambar fail/REUTERS
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.