BANGKOK: Thailand mencatat sejumlah 149 jangkitan baharu COVID-19 termasuk 100 kes di Bangkok dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu setakat ini ialah 27,154 kes dan 87 kematian.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) memaklumkan daripada 149 kes baharu itu, 123 dikesan melalui pengesanan kes aktif, 21 merupakan individu yang mendapatkan rawatan di hospital manakala lima adalah kes import.
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) pula berkata kluster baharu COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan pasar di pinggir Bangkok telah mencatat 224 kes setakat ini.
Ia berkata enam pasar di daerah Bang Khae telah diarahkan tutup sehingga Khamis untuk kerja-kerja disinfeksi.
Bagi menghalang penularan COVID-19 di Bang Khae, BMA merancang memvaksinasi kumpulan berisiko tinggi di kawasan itu.
Jurucakap BMA Pongsakorn Kwanmuang berkata 500 hingga 600 orang akan divaksinasi setiap hari mulai Rabu ini di hospital.
BMA telah meningkatkan pengesanan kes aktif di Pasar Bang Khae dan lima lagi pasar di kawasan berhampiran iaitu Pasar Sirisetthnont, Pasar Kitti, Pasar Pasom, Pasar Wonder dan Pasar Mai Bang Khae.
BMA turut menggesa orang ramai yang berkunjung ke pasar terbabit dari 20 Feb hingga 13 Mac agar menjalani ujian saringan COVID-19 di hospital kerajaan.
Empat unit bergerak turut diletak berhampiran pasar terbabit untuk membolehkan orang ramai menjalani ujian saringan.
Sejak pertengahan Disember tahun lepas, Thailand mengesan kluster baharu yang mempunyai kaitan dengan pasar terbabit iaitu Samut Sakhon dan Pathum Thani selain kluster terbaru di Bang Khae, Bangkok.
Ventilasi yang teruk disebut sebagai antara faktor penyebab penularan COVID-19 di pasar terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) memaklumkan daripada 149 kes baharu itu, 123 dikesan melalui pengesanan kes aktif, 21 merupakan individu yang mendapatkan rawatan di hospital manakala lima adalah kes import. - Foto AP
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.