BANGKOK: Thailand kuat kuasa kaedah 'gelembung dan tutup' di kem pekerja binaan di Bangkok untuk membendung gelombang ketiga penularan COVID-19.
Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata semua kem pekerja binaan diletakkan di bawah perintah 'gelembung dan tutup', satu strategi untuk memantau dan membataskan pergerakan pekerja.
Sehingga kini, di Bangkok terdapat kira-kira 409 kem menempatkan sekitar 62,000 pekerja binaan.
Pihak berkuasa kesihatan telah mengesan kes varian B.1.617 menular dalam kalangan pekerja pembinaan.
"Pihak berkuasa kesihatan akan meningkatkan pengesanan kes aktif untuk membendung COVID-19 daripada terus merebak," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Rabu.
Mengenai varian Afrika Selatan (B.1.351), Natapanu berkata sebanyak 11 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand.
"Varian B.1.351 banyak dikesan di Tak Bai dan tidak dikesan di bahagian lain di Thailand. Sampel dari wilayah berdekatan telah dikumpulkan untuk analisis penjujukan genom.
"Pihak berkuasa wilayah Narathiwat telah mengarahkan tempat awam dan kampung di lima daerah ditutup," katanya.
Pada Rabu, Thailand melaporkan 41 lagi kematian, jumlah harian tertinggi sejak wabak itu bermula Januari tahun lalu.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kes kematian itu melibatkan 25 lelaki dan 16 wanita berusia antara 29 hingga 86 tahun termasuk 16 di Bangkok, Samut Prakan (tujuh), Nonthaburi (tiga) dan masing-masing dua di Chon Buri dan Pathum Thani.
Dalam tempoh sama katanya, Thailand merekodkan 2,455 kes baharu termasuk 479 banduan, menjadikan jumlah jangkitan 137,894 dan 873 kematian.
"Secara keseluruhan situasi COVID-19 di Thailand menunjukkan trend menaik.
"Sebanyak 109,031 dan 779 kematian dilaporkan pada gelombang ketiga jangkitan sejak awal April. Di Bangkok, 36, 542 kes dan 365 kematian dilaporkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
Pada Rabu, Thailand melaporkan 41 lagi kematian, jumlah harian tertinggi sejak wabak itu bermula Januari tahun lalu. - Foto fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.