BANGKOK: Thailand bakal melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat termasuk larangan makan di restoran dan berkumpul lebih 20 orang, di Bangkok dan sembilan wilayah lain sekurang-kurangnya 30 hari untuk membendung wabak COVID-19.
Langkah pencegahan itu berkuat kuasa mulai Isnin (28 Jun) di Bangkok serta di lima wilayah berdekatan iaitu Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Samut Sakhon dan Nakhon Pathom serta di empat wilayah selatan Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Yala.
Mulai Isnin, semua pusat beli-belah di wilayah berkenaan akan dibuka sehingga 9 malam dan aktiviti melibatkan perhimpunan lebih 20 orang tidak dibenarkan.
Selain itu, semua tapak pembinaan serta kem pekerja binaan di bandar dan wilayah terbabit akan ditutup, pekerja akan diasingkan sekurang-kurangnya untuk 30 hari.
Sehingga kini, Bangkok mempunyai 575 tapak pembinaan dengan kira-kira 81,000 pekerja.
Sejak Mei lalu, terdapat sejumlah 38 kluster tapak dan kem pekerja binaan.
Pihak berkuasa kesihatan berkata, kurangnya kerjasama oleh pekerja migran di sektor pembinaan dan perkilangan menjadi punca kepada peningkatan kes COVID-19 kerana ramai pekerja menyusup keluar ketika kem mereka ditutup mencetuskan lebih banyak kluster dalam masyarakat.
Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatat 3,995 kes baharu COVID-19 dengan 42 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 244,447 dan 1,912 orang meninggal dunia.
Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata, kes baharu itu melibatkan 3,960 kes tempatan dan 35 kes import.
Kes kematian pula melibatkan 27 lelaki dan 15 wanita berusia antara 32 dan 93 tahun, termasuk warga Laos.
"Terdapat 43,607 pesakit masih dirawat di hospital, 1,725 dalam keadaan kritikal dan 489 bergantung kepada alat bantuan pernafasan," katanya.
Sehingga kini, di Bangkok terdapat 111 kluster termasuk di tapak pembinaan, kilang, pasar dan pusat beli-belah serta kawasan perumahan. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Seorang rakyat Thailand menerima suntikan vaksin COVID-19 di Bangkok baru-baru ini. - Gambar hiasan REUTERS
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.