COVID-19: 'Tidak boleh diterima!' - Trump selar Fauci berhubung risiko pembukaan semula ekonomi

Astro Awani
Mei 14, 2020 00:30 MYT
Trump menyifatkan amaran Fauci (kiri) tentang bahaya pembukaan semula ekonomi sebagai "tidak boleh diterima." -Gambar fail
Percanggahan pendapat di antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Pakar Penyakit Berjangkit negara itu Dr Anthony Fauci berterusan.
Trump dalam nada sinis menyifatkan amaran Fauci mengenai risiko pembukaan semula sektor ekonomi sebagai "tidak boleh diterima."
Trump dalam reaksinya terkejut dengan amaran yang dikeluarkan Fauci kepada Kongres pada Selasa.
Fauci memberi amaran bahawa tindakan melonggarkan sekatan hanya akan meningkatkan angka jangkitan baharu koronavirus.
Setakat ini, sebanyak 82,000 kematian dicatatkan di AS.
Ia turut menyebabkan ekonomi di negara itu menguncup.
Doktor berusia 79 tahun itu menjadi sasaran kritikan susulan kenyataannya yang banyak bercanggah dengan Trump.
#Amerika Syarikat #Anthony Fauci #AS #COVID-19 #Donald Trump #ekonomi #koronavirus #lockdown #presiden