WASHINGTON:Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci mengkritik sekumpulan saintis yang menyokong komuniti mempromosi pendapat bertentangan berhubung COVID-19.

Tegas Fauci, kumpulan berkenaan mempunyai pendapat yang boleh membahayakan nyawa.

Kumpulan ini berpendapat penularan COVID-19 hanya boleh dihentikan selepas semua individu dijangkiti.

White House pula menggunakan saranan ini untuk mendesak negeri membuka semula institusi pendidikan.

Tegas Fauci, pandangan ini adalah tidak masuk akal sama sekali.

“Jika anda membiarkan jangkitan berlaku, tanpa pelitup muka, berada di tempat sesak, ia tidak akan bawa sebarang perubahan kerana akan berlaku situasi anda tidak dapat lagi menampung terlalu ramai komuniti, yang anda tidak boleh lindungi, yang akan sakit dan mendapat kesan yang buruk.

“Idea bahawa kita boleh melindungi mereka yang terkesan adalah tidak masuk akal,” tegasnya.

AS kini mendahului senarai negara lain dalam jangkitan COVID-19 dengan 7.9 juta kes dan lebih 217,000 kematian.