COVID-19: Trump umum sekatan perjalanan ke semua negara Eropah kecuali UK

Afiezy Azaman
Mac 12, 2020 01:58 MYT
Donald Trump mengumumkan sekatan perjalanan baharu ke Eropah dalam usaha memerangi jangkitan COVID-19. -Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan sekatan perjalanan baharu ke Eropah dalam usaha memerangi jangkitan COVID-19.
Bercakap dalam satu siaran televisyen pada Rabu, beliau berkata kesemua perjalanan dari Eropah akan digantung selama 30 hari.
Sekatan itu akan bermula pada Jumaat ini.
Bagaimanapun, katanya, sekatan itu tidak termasuk United Kingdom yang mempunyai 460 kes positif COVID-19.
AS sehingga Rabu mencatatkan 1,135 kes positif COVID-19 di seluruh negara dengan 38 kematian.
#30 hari #Amerika Syarikat #COVID-19 #Donald Trump #eropah #presiden #United Kingdom