ISTANBUL: Turki melonggarkan hampir semua sekatan ke atas perniagaan dan acara, bermula Khamis.

Kerajaan turut umum menarik semula perintah berkurung.

Perkembangan ini susulan penurunan kes COVID-19 secara konsisten.

Bagaimanapun operasi resoran yang dibuka semula minggu lalu, perlu menghadkan jumlah pengunjung dan menguatkuasa penjarakan fizikal.

Perintah mewajibkan pelitip muka di kawasan terbuka dan awam, masih kekal.

Di sebalik pengurangan sekatan, Turki masih belum bebas daripada ancaman COVID-19.

Negara itu sebelum ini laksana sekatan penuh sejak pertengahan Mei selepas catat rekod jangkitan 63,000 kes sehari.

Bagaimanapun angka jangkitan dan kematian susut bagi purata tujuh hari.

Program vaksin COVID-19 pula berjalan lancar dengan 50 juta dos vaksin didaftarkan setakat Khamis.