COVID-19: UK dijangka benarkan sekolah beroperasi mulai 1 Jun

Astro Awani
Mei 2, 2020 23:30 MYT
UK membenarkan sekolah rendah di England dan Wales dibuka semula pada 1 Jun dalam pelan yang akan dibincangkan Boris Johnson. - REUTERS/Axel Schmidt
United Kingdom (UK) membenarkan sekolah rendah di England dan Wales dibuka semula pada 1 Jun dalam pelan yang akan dibincangkan perdana menteri Boris Johnson.
Akhbar Telegraph melaporkan Johnson dijangka membentangkan pelan kerajaan untuk keluar daripada perintah kawalan pergerakan hari ini.
Dalam pada itu, laporan The Sunday Times menyatakan kerajaan hanya akan mengubah kawalan pergerakan pada minggu ini.
Antara rancangan yang dikatakan dalam pelan itu adalah membenarkan tapak pembinaan dibuka dan meneruskan operasi, kelonggaran aktiviti luar serta menyeru orang ramai memakai topeng muka semasa menggunakan pengangkutan awam.
Johnson dijangka membentangkan strategi keluar daripada lockdown agar sektor ekonomi negara kelima terbesar dunia itu dapat kembali berfungsi tanpa mencetuskan gelombang kedua virus.
#Boris Johnson #COVID-19 #ekonomi #England #gelombang kedua #koronavirus #Perdana Menteri #sekolah #sekolah rendah di England dan Wales dibuka semula #topeng muka #United Kingdom