COVID-19: UK laksana sekatan lebih ketat, varian baharu kedua dikesan

Astro Awani
Disember 23, 2020 23:26 MYT
Matt Hancock bercakap pada satu sidang media di 10 Downing Street berhubung sekatan lebih ketat yang akan dilaksanakan susulan penularan COVID-19, di London, 23 Dis, 2020. (Foto AP)
UNITED Kingdom mengesan varian kedua COVID-19 yang lebih menular yang didakwa datang dari Afrika Selatan.
Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock berkata, kedua-dua varian baharu itu adalah kontak kes yang telah melakukan perjalanan dari negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Katanya pada satu sidang media di London pada Rabu, kedua-dua kes dan kontak rapat sedang menjalani kuarantin.
Hancock turut menggesa individu yang telah melakukan perjalanan ke UK dari Afrika Selatan dalam masa dua minggu ini untuk menjalani kuarantin kendiri.
Dalam masa yang sama, Hancock turut mengumumkan perubahan sekatan di beberapa kawasan terutamanya di timur dan selatan UK.
Sussex, Oxfordshire, Suffolk, Norfolk Dan Cambridgeshire antara kawasan yang akan dimasukkan ke dalam sekatan COVID-19 tahap tertinggi bermula 26 Disember.
#United Kingdom #COVID-19 #kesihatan #Matt Hancock #Afrika Selatan #perjalanan #sekatan #varian baharu