COVID-19: UK lulus penggunaan vaksin Moderna

Astro Awani
Januari 8, 2021 13:23 MYT
Matt Hancock menjelaskan, ia dianggap senjata untuk membanteras vaksin walaupun menyedari ia tidak akan tersedia sehingga Mac depan. - REUTERS
LONDON: United Kingdom meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Moderna dan membuat pesanan 10 juta lagi dos untuk vaksin berkenaan.
Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock menjelaskan, ia dianggap senjata untuk membanteras vaksin walaupun menyedari ia tidak akan tersedia sehingga Mac depan.
Moderna telah menjadi pilihan vaksin ketiga yang dipersetujui untuk digunakan di UK.
Vaksin yang berpangkalan di Amerika Syarikat terbukti mempunyai keberkesanan 94 peratus terhadap COVID-19 dalam percubaan akhirnya.
Tujuh juta dos telah dipesan oleh kerajaan UK sebelum ini.
Bagaimanapun kelewatan 10 juta dos lagi disebabkan ia dihasilkan di AS dan akan memakan masa beberapa bulan sebelum kemudahan di Eropah siap untuk diedarkan.
Bagaimanapun Matt mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi peraturan dan langkah-langkah pencegahan untuk dan melindungi orang yang tersayang.
Pihak berkuasa AS sebelum ini meluluskan vaksin Moderna berdasarkan hasil kajian peringkat akhir kepada 30,000 sukarelawan.
Menurut penyelidik kanan bidang kesihatan global di University of Southampton, Dr Michael Head, pihaknya akan membantu meredakan sebarang masalah dalam proses penghantaran ketika ia tiba di UK kelak.
Dia menambah, penggunaan awal di AS dan negara-negara lain telah berhasil tanpa masalah yang dibangkitkan dari segi keselamatan.
Vaksin Moderna jauh lebih mudah diedarkan daripada Pfizer yang mesti disimpan pada suhu sekitar -70C untuk mengekalkan keberkesanan yang optimum.
Ia telah terbukti bertahan sehingga 30 hari di dalam peti sejuk isi rumah, pada suhu bilik hingga 12 jam, dan tetap stabil pada suhu -20C iaitu sama dengan kebanyakan pembeku rumah atau perubatan.
#AS #kerajaan #COVID-19 #perubatan #Pfizer #vaksin #UK #United Kingdom #Moderna #Matt Hancock