WASHINGTON DC:Satu lagi varian baharu COVID-19 dilaporkan dikesan pada Khamis di Amerika Syarikat, selepas satu lagi varian dikesan di United Kingdom baru-baru ini.

Penemuan terbaharu itu menyukarkan lagi keadaan negara itu yang kehilangan lebih 3,000 orang yang meninggal dunia setiap hari akibat virus berkenaan.

COVID-19 | Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.18 juta


Mutasi virus itu yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan ditemukan pada kes di Carolina Selatan, AS dan pegawai kesihatan berkata, kemungkinan ada banyak lagi jangkitan namun masih belum dikesan.

Mereka juga bimbang varian baharu ini lebih mudah merebak daripada sebelum ini dan vaksin juga mungkin kurang berkesan terhadapnya.

COVID-19 | Kes positif global lepasi 101 juta


Dua kes yang dikesan di AS itu melibatkan dua orang dewasa, menetap di wilayah berbeza dan tidak mempunyai sejarah perjalanan atau keluar dari kawasan itu sejak kebelakangan ini.

“Ia menakutkan kerana mungkin banyak lagi kes yang tidak dapat dikesan dalam wilayah itu.

“Bahkan ia mungkin lebih mudah tersebar,” kata Dr Krutika Kuppalli, ahli fizik berkaitan penyakit berjangkit di Medical University of South Carolina.

Pengarah Kesihatan Interim Carolina Selatan, Dr Brannon Traxler berkata, varian terbaharu itu menunjukkan “perjuangan menentang COVID-19 masih jauh dari berakhir”.

“Vaksin COVID-19 dalam perjalanan tapi jumlahnya terhad. Jadi, setiap orang harus komited melawan virus ini. Kita sama-sama dalam peperangan ini,” ujarnya lagi.