KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa Hong Kong akan melupuskan kira-kira 2,000 haiwan kecil termasuk hamster selepas virus COVID-19 dikesan pada haiwan terbabit dalam saringan yang dijalankan di bandar raya itu.
Langkah itu diambil susulan seorang pekerja di sebuah kedai haiwan peliharaan didapati positif varian Delta COVID-19, mendorong ujian dilakukan terhadap ratusan haiwan yang mana 11 sampel hamster menunjukkan keputusan positif, pada Selasa.
Memetik laporan agensi, Jabatan Agrikultur, Perikanan dan Konservasi Hong Kong berkata, penjualan haiwan-haiwan peliharaan seperti hamster dan mamalia kecil tidak dibenarkan untuk sementara waktu.
"Beberapa hamster yang diimport dari Belanda yang dijual di kedai yang sama turut disahkan positif COVID-19.
"Terdapat kebarangkalian virus berkenaan telah menjangkiti manusia melalui haiwan-haiwan terbabit," kata pengarahnya Leung Siu Fai.
Oleh itu, beliau menasihati pemilik haiwan peliharaan di bandar itu untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau kebersihan diri, mencuci tangan dan tidak mencium haiwan peliharaan.
"Walaupun tiada bukti yang mengesahkan bahawa virus COVID-19 disebarkan oleh haiwan peliharaan terhadap manusia, namun perlu ada langkah waspada.
"Pelanggan-pelanggan yang telah membuat pembelian di kedai berkenaan sebelum 7 Januari akan dikesan dan diarahkan menjalani kuarantin wajib," tambahnya lagi.
Mereka, dalam masa sama turut diarahkan untuk menyerahkan hamster yang dibeli untuk dilupuskan oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, pihak berkuasa Hong Kong mengarahkan semua kedai haiwan peliharaan di bandar raya itu menghentikan operasi dan akan melupuskan sekitar 2,000 haiwan peliharaan yang kebanyakannya terdiri daripada hamster serta mamalia kecil yang lain.
Prosedur itu dilaporkan akan dilakukan mengikut prosedur dan dengan berperikemanusiaan.
Nickyson Nyambar
Tue Jan 18 2022
Pihak berkuasa Hong Kong mengarahkan semua kedai haiwan peliharaan di bandar raya itu menghentikan operasi dan akan melupuskan sekitar 2,000 haiwan peliharaan yang kebanyakannya terdiri daripada hamster. - Gambar hiasan/ Unsplash
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
COVID-19: Hong Kong beri amaran kepada pencinta haiwan halang pelupusan hamster
Kumpulan sukarelawan, aktivis dan pencipta haiwan menawarkan khidmat menjaga hamster yang mahu dibuang pemilik.
COVID-19 cetus panik, ribuan sukarelawan di Hong Kong tawar diri jaga hamster dari dilupus
Pihak berkuasa mengarahkan pelupusan 2,000 hamster dari kedai haiwan peliharaan dan ruang simpanan selepas menjejak penularan koronavirus.
Mangsa lemas sempat amanahkan hamster kepada adik
Mohammad Affiq Afnan, kanak-kanak yang lemas ketika mandi di sebuah kawasan bekas lombong di Taman Suria sempat mengamanahkan hamster peliharaannya kepada adiknya untuk dijaga.
Binatang peliharaan kini dikenakan tambang
Uber Singapura memaklumkan menerusi perkhidmatan UberPet, penumpang kini sudah boleh membawa bersama mereka kucing, anjing atau apa-apa sahaja binatang peliharaan mereka dengan bayaran tambahan $2.