CHINA kini sedang giat menghentikan penularan baharu COVID-19 di seluruh negara susulan penemuan kes baharu.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan CCTV, ribuan pelancong di Mongolia diarah menjalani kuarantin dua minggu di hotel masing-masing susulan penemuan kes baharu di kawasan tersebut.

Lebih 2,000 pelancong dari Ejin Banner, salah sebuah bandar yang merekodkan kes baharu dipindahkan ke bandar berjiran yang berisiko rendah, Ordos.

Setakat ini, Ordos menyediakan 18 hotel bagi tujuan pusat kuarantin.

Pada masa sama, beberapa individu lain dihantar ke bandar Baotou.

Dalam pada itu, Heihe, sebuah lagi bandar di wilayah Mongolia merekodkan 54 kes baharu sejak Rabu lalu.

Ujian saringan besar-besaran dilakukan dalam usaha menghentikan penularan jangkitan.

Pada Sabtu, bandar Harbin melaporkan kes positif pertama dalam tempoh beberapa bulan melibatkan individu yang mengembara ke Heihe beberapa minggu lepas.

Bandar tersebut melaksanakan perintah berkurung di kawasan komuniti di mana pesakit tersebut mempunyai kontak rapat.

Sementara itu, Yanshan, sebuah daerah di Wilayah Jiangxi, menganjurkan ujian besar-besaran semalaman selepas melaporkan satu kes pada Sabtu.

Ia bertujuan menguji semua 386,000 penduduknya dalam masa dua hari.