NEW South Wales, negeri paling ramai penduduk di Australia, mencatat rekod baharu jangkitan COVID-19 dengan 1,542 kes penularan tempatan pada Jumaat.
Ketua Menteri, Gladys Berejiklian memaklumkan, sembilan lagi kematian turut dicatatkan, menjadikan angka korban akibat wabak itu meningkat kepada 162 kes.
Bagaimanapun, perintah berkurung di negeri itu ditamatkan bermula hari ini (11 Sept).
"Kami ingin pastikan semua pihak menikmati kebebasan yang kita nantikan apabila kita mencapai 70% vaksinasi penuh dan seperti yang diramalkan, kita kini berada pada tahap kritikal.
"Ini kerana, kita jangkakan, apabila tiba pertengahan September nanti, semua orang telah menerima vaksin, jumlah jangkitan akan mula berkurangan," kata Berejiklianv di Sydney pada Jumaat.
Sementara itu, di Perth, Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan memaklumkan, negerinya akan mengambil masa lebih lama untuk membuka semula sempadan berbanding negeri-negeri lain.
Beliau turut memberi amaran sekiranya sempadan negeri itu dibuka, Australia Barat akan berdepan dengan penularan jangkitan dalam komuniti, perintah 'lockdown' dan kematian.
Sejak ia ditutup, aktiviti pada waktu malam yang dianjurkan di negeri itu dijalankan dengan aktif tanpa pemakaian pelitup muka.
Pelbagai aktiviti sukan dijalankan, termasuk 53,000 peminat ragbi memenuhi Stadium Perth untuk menyaksikan perlawanan antara All Blacks dan Wallabies pada Ahad lepas.
Kerajaan persekutuan menyuarakan kekecewaan mereka susulan keengganan McGowan membuka semula sempadan.
Ia berikutan banyak bebanan kewangan ditanggung selain tidak menyokong perniagaan dalam sektor pelancongan yang berisiko gagal tanpa pelancong domestik.
Astro Awani
Fri Sep 10 2021
Peminat berbaris memasuki stadium menjelang kejohanan ragbi antara All Blacks dan Wallabies di Perth, 5 Sept 2021. (Foto AP)
Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Polis Australia siasat penemuan kokain di kawasan pantai
Polis Australia melancarkan siasatan selepas beberapa bungkusan dipercayai mengandungi kira-kira 124kg kokain ditemukan hanyut di pantai negeri New South Wales (NSW) di timur Australia.
Australia rekod Oktober bulan paling kering sejak 2002
Oktober merupakan bulan paling kering sejak 2002 bagi Australia, dengan jumlah purata hujan nasional sebanyak 65.4 peratus di bawah purata 1961-1990.
Negeri di Australia beri amaran peningkatan jangkitan listeria
Amaran itu dibuat selepas New South Wales melihat peningkatan jumlah kes listeria yang dilaporkan.
Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir
Beberapa lokasi yang mungkin terjejas termasuk Tenterfield, Glen Innes, Inverell, West Wyalong, Ashford dan Cowra.
Penduduk terkejut jutaan ikan mati terdampar di sungai New South Wales
Kematian ikan pada skala besar itu pertama kali dilaporkan bandar tersebut.
Mayat lelaki dalam kereta ditemui tenggelam
Kehilangan lelaki berusia 46 tahun sejak Isnin lalu dipercayai terjawab dengan penemuan mayat lelaki itu.
Kehilangan anggota polis New South Wales terjawab, mayat ditemukan di Taman Negara
Mayat seorang anggota polis New South Wales (NSW) ditemui di Taman Negara Diraja Sydney, semalam (3/9).
Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.
Kes cacar monyet dikesan babitkan pengembara transit di Singapura - MOH
Kementerian Kesihatan Singapura dimaklumkan Kementerian Kesihatan New South Wales, mengenai satu kes cacar monyet melibatkan pengembara yang transit di Singapura.