BANDAR kedua terbesar di Australia, Melbourne, akan melanjutkan sekatan pergerakan dalam usaha menghentikan penularan wabak COVID-19.

Manakala Sydney sedang mempertimbangkan keputusan melonggarkan sekatan bagi mereka yang telah divaksin penuh meskipun varian Delta terus mengganas.

Penutupan kali keenam dilaksanakan di Melbourne ini akan dilanjutkan sehingga 19 Ogos.

Ia selepas wilayah Victoria pada Rabu mengesahkan 20 lagi jangkitan baharu dengan hanya 15 daripadanya dapat dikenal pasti punca jangkitan.

Bandar di Australia sebelum ini dilihat berjaya mengawal penularan COVID-19 susulan sekatan yang dilaksanakan, namun varian Delta mengubah keadaan itu.

Ia turut didorong oleh kadar vaksinasi yang agak rendah, sehinggakan terdapat 344 lagi jangkitan disahkan di Sydney pada Rabu.