DUA dos vaksin COVID-19 tidak mencukupi untuk menghalang jangkitan varian Omicron.

Menurut saintis di United Kingdom (UK), analisis awal kes varian Omicron dan Delta di negara itu menunjukkan, vaksin kurang berkesan untuk mengelak daripada dijangkiti varian baharu itu.

Sebaliknya, dos penggalak atau dos ketiga dilaporkan berupaya melindungi sekitar 75 peratus daripada gejala COVID-19.

Perlindungan peratusan itu terhadap gejala COVID-19 selepas dos penggalak tidak setinggi berbanding varian sebelumnya.

Sementara itu, Pegawai Tertinggi Kesihatan UK, Michael Gove memberi amaran kepada UK yang berdepan situasi yang amat membimbangkan.

Hasil mesyuarat bersama kementerian lain jelasnya, langkah pencegahan pada ketika ini dilihat perlu dikaji semula.

Ia selepas negara itu terus mencatatkan 448 lagi kes baharu Omicron menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,265 kes.

Manakala jumlah kes harian meningkat kepada lebih 58,000 pada Jumaat - angka tertinggi sejak 9 Januari.

Salah satu kebimbangan varian Omicron ini ia sangat mudah bermutasi dan menjadikan vaksin kurang berkesan.

Analisis turut menunjukkan keberkesanan untuk vaksin AstraZeneca dan penurunan ketara dua dos Pfizer-BioNTech.