TOKYO: Dua lagi wilayah Jepun menggantung penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Moderna.

Ia selepas pihak berkuasa tempatan mengesan berlakunya pencemaran melibatkan vaksin berkenaan.

Penggantungan melibatkan wilayah Okinawa dan Gunma itu dibuat selepas pengumuman Kementerian Kesihatan mengenai siasatan kematian melibatkan dua lelaki yang menerima vaksin Moderna tercemar.

Sejumlah 1.63 juta dos vaksin di seluruh Jepun digantung susulan insiden berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa Okinawa mendedahkan mengesan bahan asing lain dalam vaksin Moderna.

Vaksin tercemar dipercayai dikilangkan di Eropah.

Dalam pada itu, syarikat farmaseutikal Sepanyol memaklumkan masih menyiasat punca pencemaran ke atas vaksin yang hanya diedarkan di Jepun.