WELLINGTON: New Zealand merekodkan empat lagi kes baharu COVID-19 selepas negara itu kuatkukasa perintah sekatan susulan penemuan satu kes baharu.

Empat kes baharu itu termasuk seorang petugas kesihatan hospital di Auckland.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah lima kes setakat Selasa.

Kesemua kes baharu yang direkodkan disahkan sebagai varian Delta.

Perintah sekatan dikuatkuasakan serta merta di seluruh negara susulan satu kes baharu.

New Zealand tiada kes baharu yang direkodkan sejak enam bulan lalu.

Sekatan tersebut akan dikuat kuasakan sekurang-kurangnya tiga hari.

Manakala bandar terbesar seperti Auckland akan melalui perintah sekatan selama tujuh hari.

Terdahulu, Perdana Menteri Jacinda Ardern menjelaskan sekatan tahap empat itu dilaksanakan sebelum semuanya terlambat.