AKIBAT kesilapan sebuah hospital di Sydney, seramai 400 individu dimaklumkan bahawa hasil ujian saringan COVID-19 mereka negatif, walaupun sebenarnya positif.

Menurut Pengarah Perubatan Hospital St Vincent Prof Anthony Dodds pada Ahad, insiden tersebut berlaku akibat 'kesilapan manusia'.

Katanya, kesilapan berkaitan ujian yang dijalankan pada 22 dan 23 Dis itu sedang disiasat oleh pasukan tindak balas kecemasan.

Insiden berlaku ketika New South Wales melaporkan rekod baharu kes harian COVID-19, iaitu sebanyak 6,394 pada Ahad, meningkat dari 6,288 pada hari sebelumnya.

Kadar kemasukan ke hospital di negeri itu turut melonjak.

Setakat ini, sebanyak 76 peratus daripada populasi Australia telah melengkapkan vaksinasi COVID-19. 

COVID-19 | Hospital akui salah lapor 400 kes negatif