ROM: Tiada sekatan baharu sedang dipertimbangkan susulan pengesanan varian Omicron di Itali.

Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza berkata keputusan sekatan akan dilakukan berdasarkan penilaian trend epidemiologi semasa.

Speranza akui bimbang dengan 32 mutasi protein oleh varian Omicron yang berisiko tinggi, namun kajian teliti berkenaannya perlu dilakukan.

Itali ketika ini sedang memperkukuhkan kawalan di sempadan dan pegawai sedang meneliti senarai penumpang syarikat penerbangan yang tiba di negara itu dalam tempoh dua minggu lepas.

Ini selepas seorang pengembara perniagaan yang pulang dari Mozambique telah diuji positif untuk varian Omicron.

Lelaki itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rome pada 11 November dan pulang ke Naples sebelum virus itu dikesan.

Keluarganya juga didapati positif serta mengalami gejala ringan dan sedang menjalani kuarantin.