BERLIN: Ahli politik jerman sedang berdebat isu mewajibkan vaksinasi COVID-19 kepada rakyat memandangkan berlaku lonjakan jangkitan ketika kadar vaksinasi rendah.

Beberapa anggota blok konservatif Canselor Angela Merkel berkata kerajaan persekutuan dan negeri wajar mewajibkan vaksinasi secepat mungkin apabila usaha lain untuk meningkatkan kadar vaksinasi di Jerman gagal.

Pada masa ini, warga Jerman yang sudah divaksinasi adalah sebanyak 68 peratus.

Pada Ahad, kes jangkitan koronavirus sepanjang tujuh hari lalu di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak wabak itu bermula untuk hari ke-14 berturut-turut.

Di sesetengah wilayah, ia melepasi 1,000 kes dengan beberapa hospital sudah melaporkan penggunaan unit rawatan rapi (ICU) yang penuh.

Secara keseluruhan, terdapat 5.35 juta jangkitan COVID-19 dilaporkan di Jerman sejak permulaan wabak itu pada Februari 2020.

Jumlah kematian keseluruhan pula ialah 99,062.

Ketua Menteri negeri Bavaria, Markus Soeder menggesa keputusan pantas untuk mewajibkan vaksinasi COVID-19.

Manakala Ketua Menteri negeri Schleswig-Holstein, Daniel Guenther berkata pihak berkuasa sekurang-kurangnya perlu membincangkan langkah sedemikian untuk meningkatkan tekanan ke atas warga yang tidak divaksinasi.

Menteri Hijau dan Menteri Kewangan di negeri Baden-Wuerttemberg, Danyal Bayaz pula berkata, adalah satu kesilapan pada ketika pandemik ini untuk menolak vaksinasi wajib.

Greens kini sedang berbincang dengan Demokrat Sosial (SPD) dan Demokrat Bebas (FDP) libertarian untuk membentuk kerajaan gabungan tiga penjuru di peringkat persekutuan.

Ketiga-tiga parti itu berada di peringkat akhir untuk memeterai perjanjian gabungan yang bakal membuka jalan kepada menteri kewangan, yang akan keluar daripada SPD, Olaf Scholz untuk menggantikan Merkel sebagai Canselor pada separuh pertama Disember.

Scholz berkata beliau mahukan perdebatan tentang sama ada mewajibkan vaksinasi untuk pekerja penjagaan kesihatan dan jururawat geriatrik.

Ahli FDP telah menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah sedemikian kerana parti itu memberi penekanan yang lebih besar kepada kebebasan individu.

Negara jiran Austria minggu ini mengumumkan rancangan untuk mewajibkan vaksin bermula tahun depan.