GOLONGAN kanak-kanak yang belum divaksin wajib menjalani kuarantin selama lima hari di Indonesia selepas melakukan perjalanan dari luar negara.

Perkara itu diumumkan Ketua Pasukan Pakar Tugas Khas Menangani COVID-19, Wiku Adisasmito yang berharap golongan ibu bapa yang memasuki Indonesia dengan anak mereka belum divaksin mematuhi peraturan tersebut.

Jelasnya, sekiranya pengunjung datang bersama anak mereka yang belum divaksin, tempoh kuarantin bagi kanak-kanak itu adalah selama lima hari dan peraturan itu juga terpakai kepada golongan dewasa yang belum divaksin.

Katanya, tempoh kuarantin tiga hari hanya terpakai kepada individu yang sudah divaksin

Dalam perkembangan lain, Wiku berkata, Badan Pengawal Ubatan dan Makanan (BPOM) memberikan Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) bagi vaksin Sinovac untuk kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun.

Menurut Wiku, Ikatan Doktor Anak Indonesia (IDAI) turut memberikan sokongan terhadap vaksin golongan umur tersebut.