JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 205.9 juta kes.

Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 36.4 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.1 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.2 juta kes.

Negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki, sementara  Argentina melebihi 5 juta kes.

Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 3.8 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.7 juta.

Malaysia pula 1.34 juta kes, manakala Thailand 800,000 dan Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVIOD-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.34 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 619,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 566,000 kes, India lebih 430,000 kes, Mexico lebih 246,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 115,000 kes.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 29,000 diikuti Malaysia lebih 11,000.

Manakala Thailand mencatat lebih 7,000 angka korban.