JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 213 juta.

Ini berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 38 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.6 juta kes.

Negara yang melebihi angka 6 juta kes pula ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina catat angka melebihi 5 juta kes manakala Colombia dan Sepanyol catat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan kes melebihi 4 juta.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.8 juta dan Malaysia 1.61 juta kes, manakala  singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.45 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 631,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 575,000 kes, India lebih 435,000 kes, Mexico lebih 254,000 kes.

Sementara United Kingdom kini mencatat hampir 132,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 83,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 129,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 32,000 diikuti Malaysia, manakala Thailand dengan lebih 10,000 angka korban.