SEOUL: Korea Selatan mengenakan sekatan COVID-19 paling ketat susulan kenaikan secara mendadak kes positif dan kematian akibat varian Delta di negara itu.

Ini termasuk menghadkan perhimpunan orang ramai yang telah terima vaksin penuh serta sekatan baharu di restoran bagi mereka yang belum divaksin sepenuhnya.

Hanya empat individu yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan berkumpul manakala individu yang belum diarah makan seorang diri di restoran.

Namun arahan ini tidak dikenakan terhadap individu berusia 18 tahun ke bawah, kata Menteri Kesihatan, Kwon Deok-cheol.

Sekatan ketat ini dikeluarkan susulan keadaan hospital yang semakin tenat dengan unit rawatan rapi (ICU) hampir penuh dengan pesakit COVID-19.

Pada Khamis, sebanyak 7,622 kes positif baharu dilaporkan, menurut Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Di ibu negara Seoul, penggunaan ICU bagi pesakit COVID-19 mencecah 86 peratus dengan 989 pesakit dalam keadaan kritikal.

Lebih 890 kes kematian akibat virus itu dilaporkan pada bulan Disember, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,518.

Perdana Menteri Kim Boo-kyum pada Khamis berkata, sekatan baharu itu akan berkuat kuasa pada Sabtu selama 16 hari.

Selama tempoh tersebut, restoran, kedai kopi, pusat serta karaoke perlu ditutup operasi pada jam 9 malam.

Operasi panggung wayang, dewan konsert dan pusat tuisyen boleh melanjutkan operasi sehingga jam 10 malam.

"Sekatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemampuan fasiliti kesihatan negara.

"Kami menyeru orang ramai agar segara mendapatkan vaksin COVID-19," kata Kim.

Lebih 81 peratus daripada populasi keseluruhan telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, manakala 17 peratus telah menerima dos penggalak.