FIFE: Pakar kesihatan Britain mengeluarkan amaran keperluan mengenakan langkah lebih tegas dalam menangani COVID-19 yang dilihat semakin membimbangkan.

Orang ramai turut dinasihatkan berhati-hati dan meningkatkan kesedaran bagi mengelak berlakunya peningkatan kes sehingga cecah 100,000 kes sehari.

Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dan vaksinasi remaja di United Kingdom juga dilihat bergerak perlahan.

Britain secara puratanya mencatatkan 47,000 kes baharu COVID-19 sehari sejak beberapa minggu kebelakangan ini, meningkat 18 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Selain itu, purata bagi kes kematian pula adalah 135 kes sehari, meningkat 16 peratus juga dalam tempoh pemerhatian yang sama.