Pfizer BioNTech mengemukakan data yang menyokong penggunaan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun kepada Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA).

Walaupun vaksin itu pada masa ini tidak dibenarkan untuk kumpulan umur tersebut, ia dibenarkan untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Kedua-dua syarikat itu awal bulan ini meminta pengawal selia AS memberikan kebenaran penggunaan kecemasan bagi suntikan vaksin kepada kumpulan umur itu.

Panel penasihat kepada Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) AS dijangka bertemu bulan depan untuk mengkaji data tersebut.

Walaupun kanak-kanak kurang berisiko terhadap COVID-19 mereka dapat menyebarkan virus kepada orang lain, termasuk populasi yang berisiko.

Kata kedua-dua syarikat itu, vaksin Pfizer BioNTech terbukti mendorong tindak balas imun yang kuat pada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dalam percubaan klinikal terhadap 2,268 peserta.

COVID-19 | Pfizer hantar data kepada EMA untuk vaksin 5-11 tahun