PENINGKATAN jangkitan COVID-19 di India, dengan 159,632 kes baharu direkodkan pada Ahad, mendorong beberapa kerajaan negeri mengenakan sekatan baharu.

Keadaan itu itu susulan varian Omicron yang merebak dengan pantas di negara berkenaan.

Negeri terkaya, Maharashtra, akan menutup kolam renang dan gimnasium mulai Isnin (10 Jan) manakala sekolah dan kolej ditutup sehingga 15 Feb selepas kes harian di negeri itu melonjak kepada lebih 41,000.

Hanya individu yang lengkap divaksin akan dibenarkan masuk ke pejabat swasta sambil kapasiti dihadkan kepada 50 peratus daripada jumlah tenaga kerja. 

BACA: COVID-19: India catat lebih 159,000 kes baharu

Di negeri jiran Gujarat, pihak berkuasa melanjutkan waktu perintah berkurung malam dan membatalkan cuti untuk semua kakitangan penjagaan kesihatan.

Perdana Menteri Narendra Modi akan mempengerusikan mesyuarat untuk mengkaji semula situasi COVID-19.

Kementerian Kesihatan melaporkan 327 kematian baharu, menjadikan jumlah kematian rasmi sejak permulaan wabak itu kepada 483,790.

Jumlah jangkitan COVID-19 di India kini 35.52 juta kes.